Monday 14 April 2014

Kedai Bergerak 1 Amanjaya Harga Rendah Kualiti Terjamin.....


Kedai Bergerak 1 Amanjaya (KB1AJ) ialah sebuah projek penawaran barang keperluan asas pada harga yang rendah dan berpatutan dan diedarkan secara bergerak dengan lori khas KB1AJ. KB1AJ ini telah dianjurkan oleh Yayasan Bina Upaya (YBU) . Y.A.B Dato' Seri Diraja Dr. Zambry b. Abd Kadir, Menteri Besar Perak ini mencetus ilham ini sebagai memanjangkan lagi idea konsep Kedai Rakyat 1 Malaysia.

                                                                                                           




Terbaru, bertempat di Perkarangan Masjid Al- A'liah, Pantai Remis telah dilangsungkan Kedai Bergerak ini. Acara ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk luar bandar yang tidak berpeluang menikmati kemudahan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).

Jika ditanya adakah KB1AJ in memberi saingan kepada peruncit kecil setempat dan jawapan yang pasti adalah TIDAK kerana kehadiran KB1AJ ini hanya sebulan sekali dan barangan asas sahaja yang ditawarkan oleh YBU ini.

Wednesday 2 April 2014

KISAH RUMAHTANGGA....PINJAM WIFE...!!

 

PINJAM WIFE

 



Sorang lelaki menerima sms dari jirannya yang telah berpindah 2 hari lepas: 

"Maafkan saya, 
saya dah guna wife tuan semasa menjadi jiran tuan semenjak 5 bulan lepas 
bila tuan tiada di rumah. 
Siang dan malam. 
Saya buat pengakuan ni sebab saya rasa sangat berdosa. 
Harap tuan maafkan saya."

Lelaki itu segera balik ke rumah dan memukul isterinya lalu menceraikannya dengan talak 3. 
Tak lama selepas itu dia menerima sms dari jirannya tadi: 
"Maaf tuan. Salah ejaan. Bukan wife tapi wifi."

Moral: siasat sebelum bertindak....

Tuesday 17 September 2013

Mayat Chin Peng Tidak Dibenarkan Dibawa Ke Malaysia


Mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, 90 tahun yang meninggal dunia di Thailand tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini. Mendiang merupakan seorang ketua pengganas komunis yang telah banyak menindas anggota keselamatan negara Malaysia. Akibat pengkhianatan dan keganasannya, kematiannya itu juga tidak dianggap satu kehilangan kerana telah banyak mengguris hati pejuang kemerdekaan yang mempertahankan tanahair kita selama ini.





Friday 13 September 2013

Tauladan Yang Buruk Di Hadapan Anak-Anak.......


Saya sayang isteri saya.. saya sayang anak-anak saya....Inilah cara saya terjemahkannya...
Lelaki yang berada di luar sana... apa komen anda tentang cara dia menunjukkan kasih sayang kepada isterinya dan anak-anaknya?.....tui tui tui....