Monday, 14 April 2014

Kedai Bergerak 1 Amanjaya Harga Rendah Kualiti Terjamin.....


Kedai Bergerak 1 Amanjaya (KB1AJ) ialah sebuah projek penawaran barang keperluan asas pada harga yang rendah dan berpatutan dan diedarkan secara bergerak dengan lori khas KB1AJ. KB1AJ ini telah dianjurkan oleh Yayasan Bina Upaya (YBU) . Y.A.B Dato' Seri Diraja Dr. Zambry b. Abd Kadir, Menteri Besar Perak ini mencetus ilham ini sebagai memanjangkan lagi idea konsep Kedai Rakyat 1 Malaysia.

                                                                                                           




Terbaru, bertempat di Perkarangan Masjid Al- A'liah, Pantai Remis telah dilangsungkan Kedai Bergerak ini. Acara ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk luar bandar yang tidak berpeluang menikmati kemudahan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).

Jika ditanya adakah KB1AJ in memberi saingan kepada peruncit kecil setempat dan jawapan yang pasti adalah TIDAK kerana kehadiran KB1AJ ini hanya sebulan sekali dan barangan asas sahaja yang ditawarkan oleh YBU ini.

No comments:

Post a Comment